![]() |
![]() Entry About Shout Friends Follow D'Board |
owner
Contact Me
credits
|
![]() 9:00 AM | 2 Cloud(s) Fiya leka dengan komputer ribanya melayan laman sosial, Facebook. Sebenarnya fikirannya lebih tertumpu kepada dirinya sendiri, perasaannya. Entah bagaimana dia boleh jatuh hati pada sepupunya sendiri iaitu anak Mak Tamnya. Mak Tamnya seorang wanita yang cantik dan baik serta bekerjaya sebagai pakar psikiatri. anaknya 5 orang, 3 lelaki dan 2 perempuan. namun ibu saudaranya itu seorang ibu tunggal. dia berpisah dengan suaminya beberapa tahun yang lalu. Dia mula meminati sepupunya yang tua setahun darinya itu sejak awal tahun lalu.entah mengapa? Aril Haque, anak ke empat Mak Tamnya itu. Aril seorang yang peramah dan ceria juga bijak. Ramai yang menggelarnya ' Hot Stuff ' oleh kerana memiliki sesusuk tubuh yang tinggi dan wajah yang manis. kulitnya yang coklat cerah menambah daya penarik imejnya. sekali pandang boleh jatuh hati. Fiya masih ingat ketika itu umurnya 15 tahun. dia menangis di bawah pokok mangga kampung mereka di Perak. Aril sanggup memujuknya hingga reda kembali. '' kenapa Fiya menangis?'', lembut tuturnya. '' Budak tu baling tempurung kelapa kat Fiya..'', adu Fiya. Aril segera mendapatkan budak itu dan menumbuk mukanya, lagaknya seperti seorang abang melindungi adiknya. Sejak itu hubungan mereka akrab. Fiya tersenyum sendiri. '' Fiya ! nak main teka-teki tak?'', Aril mengajak. '' Nak ! apa dia?''. '' Burung apa yang mata, kepala, badan semua kat kaki?''. '' Hmmmm.......'' '' boleh jawab tak?''. '' Eh, sabar lah, hmm, mana ada burung macam tu ?''. '' Give-up ?''. Fiya mengangguk. '' Burung kena pijaklah ! hahaha''. Fiya ketawa setiap kali kenangan itu melewati fikirannya. '' Fiya ! kau okey tak ?'', tegur Ariana. Mungkin dia hairan melihat Fiya ketawa sendiri. wajahnya berkerut seribu. Fiya ketawa lagi. '' Fiya ! aku panggil bomoh kang !'', jerit Ariana. '' Hehe, sorry Yana. aku okeylah'', Fiya terkekeh. Fiya berlalu ke dapur untuk membuat air. tekaknya terasa kering. Singki dapur itu kelihatan serabut dengan pinggan mangkuk disitu. kerja Ariana lah ni ! '' Hei, makan tak reti basuh betul minah ni !'', Fiya membebel sendiri. Sedang leka Fiya mencuci pinggan matanya merayau ke luar tingkap. dia tergamam. betulkah apa yang dia lihat? Azrain sedang mencuci tangannya di singki rumah belakang itu. matanya menatap wajah Fiya. '' Haii... rajinnya anak dara basuh pinggan'', tegur Azrain. '' Yelah, siapa lagi nak harapkan kalau tak saya yng cuci'' balas Fiya. Memang betullah. Ruang da[urnya bertentangan dengan dapurku. rumahnya 'terbalik'. haha. fikir Fiya sendiri. dia tersenyum-senyum. '' Suka nampak?'', tegur Azrain lagi. '' Nak suka pun tak boleh?'', cebik Fiya. '' suka saya?'', usiknya. Hah ? mana ada ! perasanlah mamat ni. Fiya menarik muka masam. '' saya gurau jelah, jangan marah..'', Azrain serba salah. Sebelum Azrain berlalu dia sempat mengenyit mata pada Fiya. Gediknya dia ni !. '' Good Night..'', ucapnya sebelum berlalu. Fiya menutup tingkap. Fiya berhasrat untuk keluar berjogging pagi itu memandangkan hari ini bermula cuti semester kolejnya. Masa inilah dia nak bersukan. ' badan aku pun dah naik ni', kritiknya sendiri. Fiya mengenakan sehelai T-shirt sukan Adidas dan seluar track paras betis dari jenama yang sama. sebaik melintasi bilik Ariana Fiya mengejutkan sahabatnya yang sedang enak diulit mimpi itu. '' Yana, betul ke kau tak nak ikut?'', Fiya mengejutkan Ariana. '' Yeeee, kau pergilah.. aku ngantuk ni..'', Ariana menjawab malas dan menyambung tidurnya, Terdetik jugak kerisauan dalam dirinya untuk berjogging sendirian. 'Ha ! aku tahu nak ajak siapa ', jerit hatinya. Melalui tingkap dapur sayup-sayup kedengaran Fiya memanggil nama Azrain. seorang lelaki muncul dipintu tingkap memegang secawan mug, ' Nasib baik dia ni dah bangun..' '' Err, boleh tanya tak?'', Fiya gugup. '' Ya, ada apa?'', tenang suara lelaki itu. kawan Azrain barangkali, kerana dia bilang itu hari dia tinggal dirumah sewa itu bersama kawannya. '' Errr, Ren ada tak? Boleh panggilkan dia?''. Lelaki itu berlalu masuk ke perut rumah. tidak sampai seminit Azrain muncul di pintu tingkap dengan sekuntum senyuman. '' Pagi..'', ceria suaranya. '' Err, pagi..'', balas Fiya agak kekok. '' Err, awak jom....'', belum sempat Fiya menghabiskan ayatnya Azrain pantas memotong. '' Jom ! saya pun nak pergi, saya tunggu awak kat lorong tepi ni okey..''. Fiya terpaku. '' Jom ..'', ajak Azrain. '' Pergi mana?'', soal Fiya. '' Jog ?''. '' Oh ! sorry ! okey jom.'', Fiya bagai tersedar dari mimpi. Kenapa lelaki sebelah ku ini begitu baik padaku? bukankah aku baru mengenalinya? Ah ! sudahlah, entah-entah..... Ah ! jangan mudah percaya orang baru kenal !. Fiya bermonolog. dia malas untuk memikirkan benda yang tidak penting. Fiya meneruskan jogging mengikut track jogging yang disediakan. tak terasa sunyi apabila ada orang yang menemani. Fiya perasan, Azrain kerap kali mencuri pandang wajahnya. Apabila tertangkap oleh renungan mata Fiya dia pantas tersenyum. '' Ada orang tu jogging dengan pakwe belakang rumahlah..'', usik Ariana. '' Yelah, ajak orang tu tak sudi. nak sambung tidur je kerja..'', rajuk Fiya. '' Elehh, merajuk konon..''. Fiya mencebik. dia melangkah ke bilik untuk membersihkan diri. dia berkira-kira utnuk pulang ke rumah keluarganya di Ampang. Azrain duduk tidak berganjak diatas sofa. Rancangan yang disiarkan di kaca televisyen tidak langsung mencuri hatinya. sejak pulang dari jogging tadi dia melayan perasaannya sendiri. air mukanya sekejap senyum sekejap masam sekejap tersengih. persis orang angau. '' woi Ren ! apa malasah kau ni? macam orang tak betul je..'', sergah Lie. Lie merupakan rakan serumahnya sejak 3 tahun lalu. Lie sudah masak dengan perangainya tetapi tidak hari ini. '' Aku takde masalahlah, kau ni kenapa?'', soal Azrain kembali. '' Suka hati kau lah, tapi kalau ada masalah bagitahu aku. mana tahu aku boleh tolong.'', nasihat Lie. '' Thanks Bro..'', Azrain tersenyum. '' Tu dari tadi awek kau call. dah berjuta kali aku dengar ringtone kau, bosan tahu tak'', cebik Lie. Baru dia terinagt, keluar tadi dia lupa bawa phonenya bersama. Awek? serabut kepala Azrain memikirnya. dia sudah tiada hati lagi pada perempuan itu. '' Bro, kalau dia call lagi cakap aku tidur'', keras suara Azrain. '' Okey !'', balas Lie pendek. Azrain meraba-raba dadanya. bibirnya meliuk-liuk menyebut sesuatu, perlahan tetapi jelas kedengaran, '' Irene Safiya...''. dia tersenyum lagi. '' Haii... Ierene Safiya mana pulak ni...'', Lie tersenyum sinis. '' belakang rumah..'', spontan Azrain mejawab. '' What?!'', Lie menjerit. terbelalak matanya yang sepet itu. '' Ha ? aku kata apa ?'', giliran Azrain pula menjerit. '' Oh, cari kau pagi-pagi buta tu awek kau lah ya? hmm.. i see, comel jugak..'', Lie mengusik. '' Hei, tu aku punya okey ! aku tumbuk kau karang..'', marah Azrain. '' Woi Ren ! aku gurau je ! mana aku nak letak Amira aku!'', balas Lie. '' Aku gurau je. hehehe'', Azrain memulangkan paku buah keras. Lie melemparkan bantal ke muka Azrain dan ketawa berdekah-dekah. Azrain yang siap sedia memeluk sebiji bola lembut dari tadi membaling ke muka Lie. '' Fair !'', tawa Azrain. '' Shit !'',Lie membalas sambil ketawa. BERSAMBUNG..........
|
2 Comments:
Salam..Minho datang bw sini :)done follow you follow mine too >.< btw nice blog! loves ur background ^^ ps: wah ada novel keep writting k :)) http://windy-minholicious.blogspot.com/
wssalam . haha , thankyou very much ^^ . hehe , baru cuba-1 buat novel :) . okay , i'll follow you back :)
Post a Comment